Sunday, 4 March 2012

aku kembali ~

alhamdulillah.. syukur ke hadrat ALLAH SWT, kesihatanku semakin pulih.. setelah seminggu terlantar.. sungguh ujian yang diturunkannya berat, namun ku berjaya hadapi dengan penuh sabar.. pada hari isnin yang lepas, aq telah diuji dengan 1 ujian..iaitu sakit.. kepalaku pening.. tekakku loya. badanku sakit.. dan gatal-gatal.. setelah dipujuk ke klinik, barulah ku tahu bahawa aku telah dijangkiti demam campak.. seluruh tubuhku gatal2 seperti disengat oleh berjuta juta semut api.. sakitnya hanya ALLAH shaja yang tahu.. hampir seminggu aku tidak mampu berbuat ape2.. makan pun boleh dikira berapa butir nasi yang masuk ke mulutku.. ubat? sudah tentu sangat liat untuk aku memakannya.. baru 3 hari ku makan, akhirnya aku tinggalkan.. telah ku campakkan ubat ubatku ke dalam kotak.. aku tak ingin bergantung pada ubat lagi.. biarlah ku tanggung sakit itu..


   dalam kesakitan yang masih ada.. hari ini aku menjalani kelas latihan kereta.. alhamdulillah.. walaupun demam namun aku masih lancar membawa dan mendapat kepujian..


kerja?sudah seminggu aku tidak bekerja.. namun pada hari esok aku akan masuk semula kerana sebab2 yang tertentu.. akan ku gagahi juga demi anak anak murid ku.. semoga segalanya esok mampu ku hadapi.. 

LA TAHZAN .. INNALLAHA MA'ANA