Wednesday, 8 February 2012

~ nilah dier!! ~

   hari kedua di tadika lebih baik berbanding hari pertama.. anak2 muridku mulai mesra dan pelbagai cerita dikongsi bersamaku.. pelbagai ragam yang ku jumpa.. pagi2 lagi seorang murid yang pertama sekali datang sudah menangis.. aku mengajarnya mengaji terus die meraung.. alasannya kerana aku adalah guru baru.. dan die tidak biasa dengan ku.. namun sepanjang hari itu ku cuba dekati die.. ku usap kepalanya dan memujinya.. perkataan ''good'' tak pernah lekang di mulutku.. :)

inilah murid yang paling mencuit hatiku.. namanya ''NUR SYAAFIYAH'' lebih mesra dipanggil PHIA.. sangat comel dan perwatakannya amat manja dan sedikit degil.. sepanjang hari phia duduk di atas ribaku.. pabila ku menyuruhnya turut die mula merengek.. mungkin die mahukan perhatian.. tapi tak mengapa..


PHIA

ini pula sepupunya.. muridku yang paling pandai.. bukannya yang lain tak pandai.. cuma dia ni lebih menyerlah kepintarannya.. mengaji lancar.. menulis pandai.. agak pendiam.. tetapi mudah mesra.. air mukanya agak masam.. tapi hatinya baik..


ASYIKIN

ini pula gelagat anak2 muridku yang lain.. (:













seronok mendengar mereka memanggilku dengan gelaran ''cikgu'' (:

Tuesday, 7 February 2012

pertama kali.. (:

sebelum kita menjalani perkara kedua, sudah semestinya kita perlu melalui perkara pertama terlebih dahulu.. betol kan?


cerita pertama


   hari ini merupakan hari pertama aku bekerja sebagai seorang guru tadika.. ALHAMDULILLAH.. hari ini tidak ada perkara yang tak diingini berlaku.. tidak seperti yang mak aku cakap.. ''tau x nnt awk kerja tadika tu awk kena basuh berak budak'.. syukur.. kerja aku tak ada la sampai macam tu sekali.. tapi kalau kena pun aku tak kesah sebab nanti dah kawen, da ade anak nanti sekurang-kurangnya aku dah ade pengalaman.. ^_^


  pagi2 lagi apabila murid pertama tiba.. aku disuruh untuk mengajar mengaji.. ALHAMDULILLAH.. ramai anak2 kita masih tahu membaca alif.. ba.. ta... namun, ada juga yang masih tidak mengenal langsung huruf jawi.. tak mengapalah.. lama2 mereka akan pandai jika diasuh hari2.. 


   seronok apabila aku mendengar mereka memanggilku dengan gelaran ''cikgu''.. memang dahulu aku bercita-cita mahu menjadi seorang guru.. ALHAMDULILLAH.. kini hasratku sudah tercapai.. walaupun hanya sebagai guru sementara.. syukur padaMu.. 


   faris , nazer , darling , asyikin , najihah , phia , tisha , aliah.. itulah antara nama-nama anak muridku.. kebanyakan mereka datang daripada golongan biasa sahaja.. kebanyakan ibu bapa mereka hanya kerja kampung.. tak kurang juga yang datang dari keluarga yang berada.. ALHAMDULILLAH.. ibu bapa masa kini masih mementingkan pelajaran di usia muda.. 


   pelbagai ragam mereka terserlah ketika aku mengajar.. ada yang tidak langsung memahami bahasa melayu dan inggeris.. jadi masalah untuk berkomunikasi berlaku.. namun itu tidak menghalang kerjaya ku.. akan ku mengajar mereka sepenuh hatiku.. kak miza juga yang merupakan ketua guru disitu turut memberi tunjuk ajar untuk melayan karenah anak-anak murid.. kak miza ini lebih tegas.. walaupun diluarnya seperti seorang perempuan yang lembut, namun apabila sudah masuk mengajar, perangainya berubah 360 darjah.. rotan di tangan tidak pernah lepas.. kak miza cakap dengan cara yang lebih garang murid lebih senag belajar.. namun aku tak sanggup.. bagiku mengajar perlulah dengan cara yang lembut dan penuh kasih sayang.. baru mereka cepat pick up.. itu hanya pendapatku.. 


cerita kedua...


   hari ini juga merupakan hari pertama aku memandu.. gurunya? tidak lain tidak bukan semestinya lah cakki.. tidak sampai 1 minit aku memandu aku sudah dimarahi.. kerana terlalu gopoh menekan minyak.. terasa seperti hendak menangis apabila ayah ku menengking.. namun ku tahan juga air mata.. aku kalau dah menagis memang semua benda tak jadi.. sepanjang pembelajaranku, cakki terus marah2.. dia cakap aku tak faham bahasa.. dan sepanjang itulah aku senyap.. tidak ada sebutir perkataan pun yang terkeluar dari mulutku.. sudah memang perangai ku.. jika aku sedang tahan menagis aku akan terus mendiamkan diri.. melihat aku senyap tidak berkuti.. cakki mula berlembut.. tetapi tegasnya tetap ada.. dan akhirnya asas pemanduan sudah aku berjaya.. walaupun mataku sudah merah menahan air mata..


  semasa perjalanan balik,, cakki mengajar kami(aku dan ateh) cara memandu yang betol.. aku diam dan pandang depan sahaja.. tidak ada satu perkataan yang keluar dari mulut ayahku melekat di fikiran ku.. fikiran ku hanya tertumpu kepada bantal yang akan aku capai sebaik berada di dalam bilikku untuk ku melepaskan tangisan.. 


   sepanjang malam aku hanya diam.. hanya bercakap bila perlu.. ayahku memandang dengan satu pandangan mata yang bermakna.. mungkin berasa bersalah kerana memarahi ku.. 


   minta maaf ye cakki.. bukan ku tak nak tegur.. tapi biarlah aku lupakan bagaimana muka bengismu memarahiku petang itu.. )': 


INILAH CERITA PERTAMA KALI AKU.. ^_^

Wednesday, 1 February 2012

perjalanan hidup yang singkat..

hidup ini sebenarnya singkat.. akhirat yang kekal selama lamanya.. selama hidup.. kita akan diuji.. tujuannya, hanya untuk melihat seberapa manakah kemampuan kita dalam memegang amanat dan arahan SANG PENCIPTA.. namun kita masih tak sedar semua itu.. ALLAH.. lindungi kami.. terangilah hati kami.. cekalkan lah hati kami..