assalamualaikum . . bdasarkan tajuk di atas, oh my . . esok aku da stat final.. first paper bel120.. oh bel bel bel.. subjek yang mmg aku tak suke.. dgn alasan yang aku bagi ''saye org melayu, saye tak suke bhsa penjajah''! hehehe.. padahal malas nak blajar bi.. ceh!
papehal, doakan aku berjaya.. insyallah aku boleh punyer kan? hehe.. chaiyok2!!
coret si rabun warna
Sunday, 30 September 2012
Friday, 28 September 2012
cinta terindah :)
antara kisah2 cinta yang aku bace.. kisah cinta nabi yusuf a.s dan zulaikha yang paling aku suke!
Siapa kata Zulaikha wanita yang tidak tahu menjaga kehormatan diri? Siapa kata Zulaikha wanita yang hina? Siapa kita untuk menghakimi Zulaikha kerana jika tidak kerana kedudukannya yang mulia, tidak akan dia diangkat darjatnya untuk sehidup semati dengan Nabi Allah Yusuf A.S.?
Seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran, di dalam Surah Yusuf, Allah mengkhabarkan sejelas-jelasnya kisah yang terjadi beribu-ribu tahun yang lampau. Walaupun jarak masa yang terlalu jauh antara kita dengan Nabi Allah Yusuf, namun mengenalinya seperti kita mengenalinya saudara kita sendiri. Kisah seorang insan pilihan Allah yang diberikan mukjizat menghuraikan perkara mimpi. Kerana kelebihannya inilah, dia dicampakkan ke dalam sumur sehingga membawanya kepada sebuah pengembaraan yang jauh ke Negeri Mesir.
Allah mengurniakan lagi kelebihan kepada baginda berupa wajah yang tersangat tampan hatta tiada dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dalam dunia ini. Walaupun saya ini merupakan lelaki terkacak di dalam dunia moden, namun masih juga tidak berupaya menandingi kecantikan wajah baginda. (Kau nak kata apa Lan? Engkau ingat engkau sorang kacak? Aku pun kacak jugak…)
Kerana kekacakan baginda ini makanya baginda terperangkap dengan gelora nafsu Zulaikha iaitu isteri kepada Abdul Aziz. Dengan pujuk rayu, Zulaikha cuba menarik Yusuf agar melakukan kemungkaran namun Yusuf berlindung dengan Allah dari sebarang kemaksiatan. Melihatkan bujukannya tidak berhasil, Zulaikha berkeras sehingga akhirnya dia menarik belakang baju Yusuf sehingga terkoyak di bahagian belakangnya. Semua yang dilakukan oleh Zulaikha itu adalah didasari pada gelora nafsunya yang tidak tertahan sehingga Zulaikha hilang pertimbangan.
Bagi mengelakkan terjadinya perkara umpama itu, Yusuf merelakan dirinya dibuang ke dalam penjara sehingga akhirnya membawa kepada takwil mimpi Raja yang mengembalikan Yusuf kepada kemuliaan setelah dilantik menjadi wazir Negeri Mesir. Ini semua dinyatakan dengan terang di dalam Al-Quran. Namun perkahwinan antara Yusuf dengan Zulaikha tidak dinyatakan Cuma hal ini telah diriwayatkan di dalam Kitab Tarikh At-Tabari karangan Abi Jaafar Muhammad ibn Jarir Al-Tabari (838-923) yang memperihalkan tentang kisah para Nabi dan Kaisar dahulu kala, ada menyentuh tentang hal ini.
Mnurut kitab tersebut, setelah Yusuf dipenjarakan, Zulaikha masih tidak dapat membuangkan rasa cintanya terhadap Yusuf. Memandangkan hal itu, suaminya Abdul Aziz itu lantas menceraikannya dan membiarkan Zulaikha hidup terkontang-kanting keseorangan. Zulaikha hilang segala-galanya yang pernah dimilikinya suatu masa dahulu. Dia kehilangan kekayaannya, kekuasaannya, kecantikannya dan yang paling besar, Zulaikha kehilangan pandangan matanya.
Ini kerana Zulaikha dikatakan menangis sehingga keluar airmata darah kerana merindui Yusuf selama Yusuf dipenjara menyebabkan matanya rosak dan seterusnya buta. Dia berdoa kepada Berhala agar dikurniakan semula pandangan matanya agar suatu hari kelak dia berupaya bertemu dan melihat Yusuf kembali.
Namun batu tetap batu. Zulaikha kemudian menyedari kekhilafannya dan kesesatan jalan hidupnya selama ini. Keinsafan itu membawa kepada Zulaikha mencari cinta teragung yang menemukan Zulaikha dengan cinta kepada penciptanya. Zulaikha menemui cinta teragung itu dan di hatinya kini hanya ada Allah.
Suatu hari sewaktu Nabi Allah Yusuf berjalan melihat Bandaraya Mesir yang sibuk itu, Yusuf telah bertemu dengan Zulaikha di dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Zulaikha buta dan bergelandangan di tepi jalan yang sibuk. Melihatkan akan hal itu, Yusuf merasa sebak dan terus membawa Zulaikha pulang untuk dirawat. Setelah sembuh dirawat, menurut sesetengah pendapat mengatakan buta mata Zulaikha dirawat sebagaimana kaedah rawatan ke atas Nabi Allah Yaakob A.S.
Dengan izin Allah, Zulaikha dapat melihat kembali. Allah kemudiannya mengembalikan keremajaan dan kecantikan Zulaikha sehingga menyebabkan Yusuf jatuh cinta kepadanya. Mereka kemudiannya diijabkabulkan.
Di malam pengantin mereka, Yusuf telah bersiap-siap berdandan untuk sebuah pertemuan bagi melepaskan rindu berahi. Namun timbul masalah. Zulaikha tidak berhenti-henti beribadat dan berzikir sehingga Yusuf merasa sudah tidak sabar lagi. Akhirnya Yusuf menarik baju Zulaikha sehingga terkoyak baju Zulaikha di bahagian belakang. Di saat itu menjelma Malaikat Jibrail…
“Hai Yusuf!! Sesungguhnya baju dengan baju. Maka dengan ini tertebuslah maruah Zulaikha!!”
Berbahagialah mereka berdua kemudiannya sehingga ke akhir hayat. Hasil perkongsian hidup mereka, lahirlah seorang anak perempuan yang tersangat cantik bernama Rahmah yang kemudiannya brkahwin dengan Nabi Allah Ayub A.S

morning!
halloooo.. hari ni hari baru dan niat baru.. cehh.. pdhal pagi2 dah mngadap lappy.. aceecee.. kejap je la..
ADA APE DENGAN SATU MINIT????
ADA APE DENGAN SATU MINIT????
uishhh bayknye sawang wehhhh!
Assalamualaikum! Halloooo!! Sungguh lame aku
tak update blog.. dah bersawang abes dah! Nasib la cik rabun oi.. org nak ‘’berblog’’
awok pun nak jugak.. hihihi.. aku bukan ape.. teringin jugak nak ade.. ape org
kate tu.. blog ni ibarat diari online. Padahal aku saje je sebenornye..
follower se habuk pun xdok.. biase la, aku kan merendah diri.. acecece.. J
Sekarang ni aku di musim study week.. oppss! Kantoi
disini aku student uitm.. hohoho.. disebabkan malam ini aku tersangat lah
bosan, jadi aku ambik keputusan nak berjinak-jinak kembali ke dunie blog ni..
oh my!! Byk yang dah baru! (mnunjukkan betape lamenye aku tak bukak blog!) ni
kena keje lebih sket ni.. hehe.. xde maknenye.. awak tu nak final brape hari je
lagi cik rabun oi . . . alaa.. relaks la
kan.. ngadap buku hari2 pun bukan boleh pandai terus (menjawab2!) hihi..
Well.. xde ape yang menarik tentang aku..
hanyalah seorang budak (budak ke?) yang baru nak membesar , mengenal dunia yang
penuh pancaroba ini (ceh) dan sedang semakin mendekati penciptanye.. sejak 2
menjak 3 menjak dan bermenjak2 ni *byknye menjak.. hehe.. kehidupan sbgai
student u sgt la penat.. aku beruntung sbb kos aku ni hanya perlu mengire, xde
yang hafal2.. oohhh bersyukur gile la sbb aku ni bab2 mnghafal ni mmg fail! Lau
kire2 aku suke.. J tapi
kadang2 pening kpale jugak ngadap nombor je tiap2 ari.. tak pelah.. demi mak
ngn cakki aku, aku nak belajar betul2! Aku lah harapan terakhir dorang.. L tapi bile kenang balik aku ni asyik maen2
je blajar. Carry mark exam pun paras2 dagu je (ade ke?) .. adoiii.. tak pelah,
dan lagi nak baiki smule..
First paper 2/10.. that is bel120.. oh my! Even
anak english tecer aku tak pernah bagi A kat cakki.. hihihi.. nak wat macam
mane.. cakki, kite orang melayu tak nak lah bljar bahase penjajah tu (ade je
alasan!) hehe.. sbnarnye memang aku tak minat langsung english2 ni.. susah! Tak
best la cite..
Ok.. ape lagi ek.. bosan tahap cipan da ni. Cipan
pun xbosan macam aku.. even dye cipan tapi ade je mende laen dye boleh buat.
(ape aku merepek ni wehhhh!) hahaha.. dah berbulan2 da tak balik rumah. L start da cite sedeh dye.. hehe.. rindu
sangat kat sume.. paling rindu kat mak.. sedihnye.. tgok kwn2 balik rumah, aku
kat sini sabo je la.. nak balik kurang2 60 hengget mesti ade dlm tgn.. mane nak
cekau 60 hengget.. aku ni da la byk gune duet nak blja.. nak mntak ngn cakki
malu.. hehe.. tak pe lah.. adat la blajar. Klau balik tiap bulan takde la feel
bljar jaoh.. (dulu tringin nak blajar luar ngre J ) na kol mak pun kredit, alahai sedihnye
tgok baki.. hahaha..
Tgok romate aku ni tidur cam sedap je.. nak2
sejuk2 ni.. J tidur dlu
lah.. nanti aku bosan aku update lagi. J
*line sini
hampeh! Nasib la bljar kt utan gini wehh.. daaaaaaaaaaaa ^_^
Wednesday, 8 August 2012
Jack Sparrow adalah lanun muslim..
Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.
Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.
Dilahirkan sebagai Jack Ward
Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.
Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkanletter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.
Queen Elizebeth I
Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.
Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.
Menjadi Lanun
Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.
Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.
Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.
Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey
Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.
Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber sepertiRichard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah,Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.
Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.
Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.
Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.
Memeluk Islam
Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepadaYusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.
Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.
Selanjutnya..Jihad
Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.
Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.
Kembali ke rahmatullah
Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya,Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.
Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean
Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).
Perhatikan lambang bulan dan bintang.
Monday, 28 May 2012
kiamat itu pasti
KAITAN TASIK GALILEE DAN NABI ISA SERTA DAJJAL
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam?
Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...
Anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,
dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...
Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!
Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......
KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan
Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...
Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...
Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNANabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.
Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
TINGGALKAN KOMEN ANDA DI BAWAH
Thursday, 10 May 2012
LA LA LA LA LA
assalamualaikum..
sudah lame tak update blog.. busy yer + malas sket2.. hihi
lagipun busy ngan anak2 lagi.. acehhhh.. sejak bile... hihi
baru2 ni aku pegi pulau langkawi.. wowww! selame 18 tahun aku hidup ni lah baru pertame kali menjejakkan jari kaki aku di pulau ni.. memang cantikk wooo.. rugi sape tak pegi.. kat sane nak shoping memang best.. murah2 belake.. aku pun tak tau nape murah giler.. beg polo yang beratus ratus tu murah giler kat sane.. tapi yang tak bestnye time nak bawak balik la.. cam mat bangla jual karpet.. hahahha.. (nampok beno nipunye).. nak naek feri tu kena beratus jauh giler.. tapi yang aku pegi ni rombongan, so sume da siap2 la.. masuk je teros.. xde cek2 tiket.. hihi
ni la mercu tanda pulau langkawi. .
memang besar gile helang ni..
aku ingat kecik ketoit je. . hihi
(sila abaikan muke orang kat bawah tu. . hehe)
ni paling best!
kat dalam tu macam2 ado. .
ni rumah ape aku pun da tak hinggat . . walawehhh
lukisan gambar mahsuri . .
ni rumah sri tama.. aku nak cite pun aku bukan pakar sejarah,.. hehe
ni pun tangkap daaaa
terkuburnya mahsuri disini. . . al-fatihah
ni plak kat akuaria.. pinggu kat situ comel gilak!!
ni dye nak cium.. how sweett
aku pandang kau, kau pandang aku!
TAMAT
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
.jpg)